Sunday, June 26, 2022

SPM Dapat 7A?? Alhamdulillah

U Did It Nur Haziqah Nadhrah Binti Mohd Fuad! Congratulations My Dear.. I'm So Proud Of You.. Sangat Terharu.. Secara Jujur Saya Memang Tak Sangka Awak Dapat Keputusan SPM 7A.. Maybe Bagi Orang Lain, Biasa² Je Keputusan Tu. Tapi Bagi Saya, Awak Dah Buktikan Walaupun Saya Tengok Awak Ni Hari² Dok Layan Drama Korea. 😂😂

Pada Pagi Hari Keputusan SPM Tu, Kami Anak Beranak Biasa² Je Dan Tiada Keyakinan Untuk Mengambil Keputusan Di Sekolah Bersama Rakan-Rakannya. Tepat Jam 10 Pagi, Anak Saya Menangis Terkejut Apabila Menyemak Keputusan Di Dalam Talian. Memang Menangis Kegembiraan Masa Tu. Terus Dia Semangat Bersiap-Siap Untuk Pergi Mengambil Keputusan Di Sekolah. 

Saya Pun Ikut Sama Teman Anak Saya Ke Sekolah. Alhamdulillah, Nama Anak Saya Dipanggil Untuk Naik Ke Atas Pentas Sempena Mendapat 7A Dalam SPM. Saya Rasa Bersyukur Kerana Dapat Bersama-Sama Menaiki Pentas Dengannya. Dapat Juga Merasa Naik Pentas Selepas Telah Berdekad Meninggalkan Zaman Persekolahan. 😆😆 Apa Yang Saya Harapkan, Semoga Anak Saya Berjaya Mendapat Peluang Untuk Menyambung Pelajarannya Dalam Bidang Yang Diminatinya. Inshaallah..  Aaminn.

My Daughter







No comments:

Post a Comment