Saturday, June 25, 2022

Sesi Pembelajaran Microsoft Word

Pada Minggu Ketiga 12 April 2022, Saya Telah Mempelajari Fungsi-Fungsi Yang Ada Dalam Microsoft Word. Ia Memang Sangat Mudah Digunakan Apabila Ingin Membuat Surat, Artikel Dan Sebagainya. Kami Belajar Cara Membuat Jurnal Dari Langkah Membuat Halaman Muka Depan Hinggalah Bahagian Membuat Sumber Rujukan. Kemudian, Kami Diajar Cara Membuat Kandungan Muka Surat. Kami Menaip Tajuk-Tajuk Besar Serta Sub Tajuk Besar Dan Kemudian Diajar Cara Membuat Navigasi Sebagai Langkah Pantas Supaya Mudah Untuk Pergi Ke Sesuatu  Perenggan Jurnal Tersebut.

Seterusnya, Kami Belajar Tentang Cara Melakukan Format Untuk Jadual Dan Gambarajah. Adalah Sangat Penting Untuk Memastikan Jadual Dan Gambarajah Di Jurnal Boleh Dikemas Kini Ke Dalam Senarai Jadual Dan Senarai Gambarajah. Jika Tidak, Senarai Keseluruhan Kandungan Akan Kelihatan Tidak Lengkap. Petikan Dan Bibliografi Juga Penting Dalam Jurnal Kerana Ia Adalah Tempat Bagi Mendapatkan Maklumat Dan Sumber Kami. Kami Juga Belajar Format Untuk ‘Citation’ Bagi Mudah Untuk Mencari Bahagian Yang Berkait Dengan Rujukan Tersebut. Pada Penghujung Kelas, Kami Diajar Mengemas Kini Muka Surat Di Jadual Kandungan, ‘Header’ Dan Juga ‘Footer’.


Microsoft Word



No comments:

Post a Comment