Tuesday, June 14, 2022

HFMD Meningkat???

Penyakit HFMD Di Malaysia Meningkat 20 Kali Ganda Iaitu Sebanyak 47,209 Kes Berbanding Tempoh Yang Sama Tahun Lalu. Peningkatan Kes HFMD Itu Turut Dilaporkan Di Kelantan Sebanyak 3,726 Kes (7.9 Peratus) Manakala, Di Negeri Lain Mencatatkan Kurang Daripada 2,500 Kes. Berdasarkan Survelan Jenis Virus (Enterovirus) Di Malaysia Sudah Dijangkakan Berikutan Pergerakan Penduduk Di Negara Ini Semasa Sambutan Aidilfitri.

 

Wabak Dikira Apabila Terdapat Dua Atau Lebih Kes Dalam Satu Lokaliti Dan Kes Mempunyai Kaitan Epidemiologi Serta Berlaku Dalam Tempoh Inkubasi Penyakit HFMD. Dr Noor Hisham Sudah Menjalankan Sesi Libat Urus Dengan Agensi Yang Menyelia Pengurusan Taska, Tadika Dan Pra-Sekolah, Selain Mengeluarkan Surat 'Alert'. Orang Ramai Yang Mempunyai Anak Kecil Dinasihatkan Tidak Membawa Anak-Anak Ke Tempat Yang Berisiko Dengan Jangkitan HFMD Seperti Taman Permainan Awam. Selain Itu Orang Ramai Dinasihatkan Untuk Melaporkan Terus Jika Ada Kes HFMD Berlaku Di Taska, Tadika Dan Sekolah.

Sumber Maklumat : HFMD Meningkat 20 Kali Ganda



Langkah-langkah Pencegahan



No comments:

Post a Comment