Skuad Harimau Malaya Selepas 43 Tahun, Akhirnya Layak Ke Piala Asia 2023 Secara Merit Selepas Menewaskan Bangladesh 4-1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safawi Rasid Berjaya Meraih Gol Pembukaan Pada Minit Ke-17. Safawi Hampir Menggandakan Jaringan Tetapi Tandukan Berjaya Ditepis Penjaga Gol Pasukan Lawan, Anisur Rahman. Bangladesh Meraih Gol Penyamaan Hasil Tandukan Yang Dilakukan Oleh Mohamad Ibrahim Pada Minit Ke-31. Skuad Negara Tersentak Dengan Gol Tersebut Lalu Memperkemaskan Serangan Dan Meraih Gol Hasil Ledakan Pertahanan Berdarah Kacukan, Dion Cools Pada Minit Ke-37.
Pada Separuh Masa Kedua, Skuad
Negara Meraih Gol Ketiga Pada Minit Ke-47 Hasil Tandukan Syafiq. Skuad Negara
Meneruskan Momentum Yang Sama Dan Pada Minit Ke-73, Darren Meledakkan Gol
Keempat. Usaha Skuad Negara Untuk Menambah Gol Pada Saat Akhir Tidak Berjaya.
Namun, Kedudukan 4-1 Tersebut Telah Menggembirakan Dan Membanggakan Hampir
60,000 Penyokong Yang Hadir.

No comments:
Post a Comment