Sunday, June 26, 2022

Guys.. Jom Buat Brownies!!

Selamat Berhujung Minggu.. 😘 Hari Ni Saya Nak Ajar Awak Semua Cara Nak Buat Brownies. Jom Kita Siapkan Bahan-Bahan Yang Hendak Digunakan :

Butter = 69 Gram

Coklat Masakan = 171 Gram

Gula Castor = 64 Gram

Gula Brown = 47 Gram

Telur = 2 Biji (Gred A)

Tepung Gandum = 73 Gram

Serbuk Koko = 18 Gram

Serbuk Penaik = Secubit

Esen Vanilla = 1 Sudu Teh

Untuk Bahan-Bahan Ini, Saya Menggunakan Loyang Bersaiz 7". Mula-Mula Kita Cairkan Butter+Coklat Masakan Dengan Menggunakan Kaedah 'Double Boil'. Sementara Menunggu Coklat Cair, Kita Kacau Dahulu Bancuhan Gula Castor+Gula Brown+Telur+Esen Vanilla Dengan Perlahan. Masukkan Adunan Tepung Gandum+Serbuk Koko+Serbuk Penaik Ke Dalam Bancuhan Gula Tadi. Kacau Dan Kemudian Kita Masukkan Pula Coklat Yang Telah Dicairkan. Kacau Hingga Sebati.

Sebelum Masukkan Semua Bancuhan Ke Dalam Loyang, Pastikan Loyang Telah Diletak 'Baking Paper' Dan Oven Telah Dipanaskan Dengan Suhu Atas Bawah 100◦C. Kita Bakar Brownies Selama 40 Minit. Walaubagaimanapun, Suhu Oven Ni Bergantung Pada Oven Masing-Masing Ya. Brownies Memang Perlu Masak Dengan Tetapan Suhu Yang Betul Kalau Nak Kejadiannya Sempurna. 

Ok Awak-Awak Semua. Inilah Hasil Brownies Yang Saya Buat. 😍😍boleh Potong Dan Makan Macam Tu Atau Hiaskan Atasnya Dengan Pelbagai 'Topping' Seperti Nutella, Badam Dan Macam-Macam Lagi. Jangan Lupa Cuba Ya 😊

Brownies Yang Dah 'Topping' Nutella










No comments:

Post a Comment