Sunday, June 26, 2022

Rombongan Kahwin, Tiba² Jadi Percutian!?

Throwback!!!

Pada 25/02/22 Yang Lepas, Saya Dan Keluarga Yang Lain Telah Pergi Ke Kuala Nerus, Terengganu Kerana Mengikut Rombongan Pengantin Bapa Saudara Saya. Saya Bertolak Dari Putrajaya Lebih Kurang Jam 12 Tengahari. Kami Singgah Solat Zohor Dan Makan Tengahari Di Rnr Gombak Sebelum Meneruskan Perjalanan. Kami Selamat Sampai Di Kuala Nerus Pada Jam 8 Malam. Hujan Lebat Sangat Masa Sampai Di Terengganu. Saya Risau Tak Lepas Keluar Dari Terengganu Je. πŸ˜†

Pada Keesokan Harinya, Kami Semua Terus Ke Rumah Pengantin Perempuan, Hujan Masih Belum Berhenti Dari Semalam. Risau. Niat Hati Nak Berjalan-Jalan Di Sekitar Kuala Terengganu Selepas Majlis. Tapi Dah Nampak Tanda-Tanda Macam Nak Banjir. Selepas Sudah Makan Di Majlis Tersebut, Kami Terpaksa Bergegas Balik Untuk Keluar Dari Terengganu. Dalam Perjalanan Balik, Baru Kami Rancang Nak Jalan-Jalan Di Kuantan.

Di Kuantan Kami Tinggal Di AC Hotel Marriot, Jalan Teluk Sisek. Sampai Kuantan Kami Berehat Je Dulu Sebab Masih Hujan. Esoknya Kami Berjalan Di Sekitar Kuantan. Nasib Cuaca Baik Hari Tu. Kami Pergi Naik Menara Kuantan, Pantai Batu Hitam Dan Sempat Ke Kedai Kek Viral 'Kula Cakes'. Serious Sedap Kek Cheese Mangga Di Kedai Tu. Kalau Datang Lagi Lain Kali Memang Akan Pergi Lagi Kedai Tu. Tapi Memang Beratur Panjang La. πŸ˜ƒ

Kami Tidur Di Kuantan Selama 2 Malam. Memang Best Moment Di Kuantan Cuma Tak Dapat Nak Ambil Banyak Gambar Sebab Telefon Buat Hal. 😞malam Pertama Kami Makan Di Kedai Satay Popular, Satay Zul. Malam Esoknya Kami Makan Di Restoran Ana Ikan Bakar. Alhamdulillah Walaupun Hujan, Tapi Tak Berpanjangan Di Kuantan. Jadi Dapat Lah Juga Kami Berjalan-Jalan. Pada 28/02/2022 Selepas Check Out, Kami Singgah Dahulu Di Kedai Keropok Lekor Kak Yah, Perkampungan Peramu Maju. Selepas Borong Keropok Lekor Bawang, Baru Lah Kami Memulakan Perjalanan Balik Ke Putrajaya Dan Sampai Dengan Selamat Lebih Kurang Jam 7 Malam.

Me N My Daughter



No comments:

Post a Comment