Throwback Lagi.. 😂
Macam Mana Raya Awak Semua
Tahun Ni? Terkejut Ke Biasa²? 😁 Saya Memang Sangat Terkejut Raya Tahun
Ni. Asalnya Memang Dah Rancang Dengan Lancar Bila Nak Balik Kampung, Bila
Tempahan Kek Siap, Bila Nak Pergi Alter Baju Raya. Last² Lepas Pengumuman Raya,
Baru Kelam Kabut Siapkan Tempahan Kek Area Putrajaya Dan Tengah Malam Tu Juga
Delivery. 😂 Dah Selesai Yang Tempahan Area Putrajaya,
Teruslah Saya Siapkan Pula Untuk Tempahan Area Melaka Dan Yang Nak Bawa Balik
Kampung. Memang Tak Cukup Tidur Kami Sekeluarga Malam Tu. 😖
Esoknya Pagi Raya Memang Tak
Sempurna Raya Kami. Pagi Raya Kami Berada Di Putrajaya Je. Dalam Jam 11 Pagi
Barulah Kami Bergerak Balik Ke Kampung. Sampai Je Di Alor Gajah, Terus Delivery
Dulu Semua Tempahan. Alhamdulillah Kami Selamat Sampai Di Kampung Kelemak Iaitu
Kampung Suami Saya Pada Jam 1 Tengahari. Selepas Berjumpa Sanak Saudara Di
Kampung Kelemak, Kami Jalan Beraya Ke Kampung Umbai, Melaka. Alhamdulillah
Masih Sihat Uwan Ucu Saya. Selepas Selesai Beraya Di Umbai, Kami Sekeluarga Terus
Balik Ke Kampung Saya Di Felda Sungai Kelamah, Gemas.
Oleh Kerana Kampung Saya Dan
Kampung Suami Tak Lah Berapa Jauh, Jadi Memang Kebiasaan Sepanjang Balik Cuti
Raya Kami Akan Bergilir² Sekejap Berada Di Alor Gajah Dan Sekejap Berada Di
Gemas. 😊saya Tak Bercuti Lama Untuk Raya Tahun Ni
Sebab Dah Bergelar Student Kan. Assignment Banyak Menunggu Untuk Disiapkan. 😝alhamdulillah Pada Raya Ke 4 Kami Sekeluarga Dah Selamat Balik Ke
Putrajaya.
![]() |
| My Family |

No comments:
Post a Comment