Tuesday, June 28, 2022

Yayyy.. Presentation Power Point Dah Settle!!!

Hari Ni Ada Kelas EPPD1063 Untuk Minggu Ke 13.. Alhamdulillah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻.. Selesai Juga Presentation Microsoft Power Point Kumpulan Saya. Harap Dr Norazila Berpuashati Dengan Presentation Kami. Maaf Kalau Ada Kekurangan Dr.. Kami Masih Belajar 😉 Teammates Saya Ialah Nor Natasha Nabila & Fazirah. Kami Memilih Tajuk 'Teknologi Robotik Dalam Industri Pembuatan'.

Saya Sangat Bersyukur Kerana Mempunyai Teammates Yang Sangat Komited. Kami Membuat Pembahagian Tugas Bagi Memudahkan Proses Untuk Menyiapkan Slide Power Point Tersebut. Walaupun Kami Tidak Berjumpa & Hanya Membuat Perbincangan Dalam Whatsapp, Namun Alhamdulillah Slide Dapat Juga Disiapkan. Kemudian, Baru Lah Kami Merekod Video Presentation Bahagian Masing-Masing.  Untuk Finishing, Fazirah Banyak Membantu Untuk Memasukkan Video Yang Direkod Ke Dalam Slide. Dan Inilah Hasilnya ⤵️⤵️⤵️ .. Thanks Guys.. ❤️

Hasil Draft Slide Kumpulan 1



Sunday, June 26, 2022

SPM Dapat 7A?? Alhamdulillah

U Did It Nur Haziqah Nadhrah Binti Mohd Fuad! Congratulations My Dear.. I'm So Proud Of You.. Sangat Terharu.. Secara Jujur Saya Memang Tak Sangka Awak Dapat Keputusan SPM 7A.. Maybe Bagi Orang Lain, Biasa² Je Keputusan Tu. Tapi Bagi Saya, Awak Dah Buktikan Walaupun Saya Tengok Awak Ni Hari² Dok Layan Drama Korea. 😂😂

Pada Pagi Hari Keputusan SPM Tu, Kami Anak Beranak Biasa² Je Dan Tiada Keyakinan Untuk Mengambil Keputusan Di Sekolah Bersama Rakan-Rakannya. Tepat Jam 10 Pagi, Anak Saya Menangis Terkejut Apabila Menyemak Keputusan Di Dalam Talian. Memang Menangis Kegembiraan Masa Tu. Terus Dia Semangat Bersiap-Siap Untuk Pergi Mengambil Keputusan Di Sekolah. 

Saya Pun Ikut Sama Teman Anak Saya Ke Sekolah. Alhamdulillah, Nama Anak Saya Dipanggil Untuk Naik Ke Atas Pentas Sempena Mendapat 7A Dalam SPM. Saya Rasa Bersyukur Kerana Dapat Bersama-Sama Menaiki Pentas Dengannya. Dapat Juga Merasa Naik Pentas Selepas Telah Berdekad Meninggalkan Zaman Persekolahan. 😆😆 Apa Yang Saya Harapkan, Semoga Anak Saya Berjaya Mendapat Peluang Untuk Menyambung Pelajarannya Dalam Bidang Yang Diminatinya. Inshaallah..  Aaminn.

My Daughter







Raya 'Terkejut' 2022...

Throwback Lagi.. 😂 

Macam Mana Raya Awak Semua Tahun Ni? Terkejut Ke Biasa²? 😁 Saya Memang Sangat Terkejut Raya Tahun Ni. Asalnya Memang Dah Rancang Dengan Lancar Bila Nak Balik Kampung, Bila Tempahan Kek Siap, Bila Nak Pergi Alter Baju Raya. Last² Lepas Pengumuman Raya, Baru Kelam Kabut Siapkan Tempahan Kek Area Putrajaya Dan Tengah Malam Tu Juga Delivery. 😂 Dah Selesai Yang Tempahan Area Putrajaya, Teruslah Saya Siapkan Pula Untuk Tempahan Area Melaka Dan Yang Nak Bawa Balik Kampung. Memang Tak Cukup Tidur Kami Sekeluarga Malam Tu. 😖

Esoknya Pagi Raya Memang Tak Sempurna Raya Kami. Pagi Raya Kami Berada Di Putrajaya Je. Dalam Jam 11 Pagi Barulah Kami Bergerak Balik Ke Kampung. Sampai Je Di Alor Gajah, Terus Delivery Dulu Semua Tempahan. Alhamdulillah Kami Selamat Sampai Di Kampung Kelemak Iaitu Kampung Suami Saya Pada Jam 1 Tengahari. Selepas Berjumpa Sanak Saudara Di Kampung Kelemak, Kami Jalan Beraya Ke Kampung Umbai, Melaka. Alhamdulillah Masih Sihat Uwan Ucu Saya. Selepas Selesai Beraya Di Umbai, Kami Sekeluarga Terus Balik Ke Kampung Saya Di Felda Sungai Kelamah, Gemas. 

Oleh Kerana Kampung Saya Dan Kampung Suami Tak Lah Berapa Jauh, Jadi Memang Kebiasaan Sepanjang Balik Cuti Raya Kami Akan Bergilir² Sekejap Berada Di Alor Gajah Dan Sekejap Berada Di Gemas. 😊saya Tak Bercuti Lama Untuk Raya Tahun Ni Sebab Dah Bergelar Student Kan. Assignment Banyak Menunggu Untuk Disiapkan. 😝alhamdulillah Pada Raya Ke 4 Kami Sekeluarga Dah Selamat Balik Ke Putrajaya.

My Family







Rombongan Kahwin, Tiba² Jadi Percutian!?

Throwback!!!

Pada 25/02/22 Yang Lepas, Saya Dan Keluarga Yang Lain Telah Pergi Ke Kuala Nerus, Terengganu Kerana Mengikut Rombongan Pengantin Bapa Saudara Saya. Saya Bertolak Dari Putrajaya Lebih Kurang Jam 12 Tengahari. Kami Singgah Solat Zohor Dan Makan Tengahari Di Rnr Gombak Sebelum Meneruskan Perjalanan. Kami Selamat Sampai Di Kuala Nerus Pada Jam 8 Malam. Hujan Lebat Sangat Masa Sampai Di Terengganu. Saya Risau Tak Lepas Keluar Dari Terengganu Je. 😆

Pada Keesokan Harinya, Kami Semua Terus Ke Rumah Pengantin Perempuan, Hujan Masih Belum Berhenti Dari Semalam. Risau. Niat Hati Nak Berjalan-Jalan Di Sekitar Kuala Terengganu Selepas Majlis. Tapi Dah Nampak Tanda-Tanda Macam Nak Banjir. Selepas Sudah Makan Di Majlis Tersebut, Kami Terpaksa Bergegas Balik Untuk Keluar Dari Terengganu. Dalam Perjalanan Balik, Baru Kami Rancang Nak Jalan-Jalan Di Kuantan.

Di Kuantan Kami Tinggal Di AC Hotel Marriot, Jalan Teluk Sisek. Sampai Kuantan Kami Berehat Je Dulu Sebab Masih Hujan. Esoknya Kami Berjalan Di Sekitar Kuantan. Nasib Cuaca Baik Hari Tu. Kami Pergi Naik Menara Kuantan, Pantai Batu Hitam Dan Sempat Ke Kedai Kek Viral 'Kula Cakes'. Serious Sedap Kek Cheese Mangga Di Kedai Tu. Kalau Datang Lagi Lain Kali Memang Akan Pergi Lagi Kedai Tu. Tapi Memang Beratur Panjang La. 😃

Kami Tidur Di Kuantan Selama 2 Malam. Memang Best Moment Di Kuantan Cuma Tak Dapat Nak Ambil Banyak Gambar Sebab Telefon Buat Hal. 😞malam Pertama Kami Makan Di Kedai Satay Popular, Satay Zul. Malam Esoknya Kami Makan Di Restoran Ana Ikan Bakar. Alhamdulillah Walaupun Hujan, Tapi Tak Berpanjangan Di Kuantan. Jadi Dapat Lah Juga Kami Berjalan-Jalan. Pada 28/02/2022 Selepas Check Out, Kami Singgah Dahulu Di Kedai Keropok Lekor Kak Yah, Perkampungan Peramu Maju. Selepas Borong Keropok Lekor Bawang, Baru Lah Kami Memulakan Perjalanan Balik Ke Putrajaya Dan Sampai Dengan Selamat Lebih Kurang Jam 7 Malam.

Me N My Daughter



Guys.. Jom Buat Brownies!!

Selamat Berhujung Minggu.. 😘 Hari Ni Saya Nak Ajar Awak Semua Cara Nak Buat Brownies. Jom Kita Siapkan Bahan-Bahan Yang Hendak Digunakan :

Butter = 69 Gram

Coklat Masakan = 171 Gram

Gula Castor = 64 Gram

Gula Brown = 47 Gram

Telur = 2 Biji (Gred A)

Tepung Gandum = 73 Gram

Serbuk Koko = 18 Gram

Serbuk Penaik = Secubit

Esen Vanilla = 1 Sudu Teh

Untuk Bahan-Bahan Ini, Saya Menggunakan Loyang Bersaiz 7". Mula-Mula Kita Cairkan Butter+Coklat Masakan Dengan Menggunakan Kaedah 'Double Boil'. Sementara Menunggu Coklat Cair, Kita Kacau Dahulu Bancuhan Gula Castor+Gula Brown+Telur+Esen Vanilla Dengan Perlahan. Masukkan Adunan Tepung Gandum+Serbuk Koko+Serbuk Penaik Ke Dalam Bancuhan Gula Tadi. Kacau Dan Kemudian Kita Masukkan Pula Coklat Yang Telah Dicairkan. Kacau Hingga Sebati.

Sebelum Masukkan Semua Bancuhan Ke Dalam Loyang, Pastikan Loyang Telah Diletak 'Baking Paper' Dan Oven Telah Dipanaskan Dengan Suhu Atas Bawah 100◦C. Kita Bakar Brownies Selama 40 Minit. Walaubagaimanapun, Suhu Oven Ni Bergantung Pada Oven Masing-Masing Ya. Brownies Memang Perlu Masak Dengan Tetapan Suhu Yang Betul Kalau Nak Kejadiannya Sempurna. 

Ok Awak-Awak Semua. Inilah Hasil Brownies Yang Saya Buat. 😍😍boleh Potong Dan Makan Macam Tu Atau Hiaskan Atasnya Dengan Pelbagai 'Topping' Seperti Nutella, Badam Dan Macam-Macam Lagi. Jangan Lupa Cuba Ya 😊

Brownies Yang Dah 'Topping' Nutella










Harga Siling Minyak Masak Dimansuhkan!?

Kerajaan Telah Mengumumkan Subsidi Bagi Minyak Masak Bagi Botol 2kg, 3kg & 5kg Dimansuhkan Mulai 1 Julai 2022 Ini. Walaubagaimanapun, Harga Siling Bagi Minyak Masak Peket 1kg Masih Kekal Pada Harga Rm2.50 Sepeket. Selepas Subsidi Minyak Masak Diperkenalkan Untuk Sementara Pada Bulan Ogos 2021, Kerajaan Terpaksa Menanggung Sebanyak RM20 Juta Sebulan. Kerajaan Merasakan Sudah Tiba Masa Untuk Memasuhkan Subsidi Tersebut Dan Digantikan Dengan Bantuan Wang Tunai Secara Bersasar Yang Akan Diperincikan Oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Memberi Amaran Tegas Kepada Industri Yang Cuba Membuat Onar Dengan Menyorokkan Bekalan. Walaupun KPDNHEP Sentiasa Memantau, Namun Kementerian Lebih Suka Sekiranya Aduan Yang Dibuat Orang Ramai Lebih Tepat Agar Penguatkuasa KPDNHEP Boleh Mengambil Tindakan Segera.

 



Harga Secara Rawak Minyak Masak Di Pasaran





Saturday, June 25, 2022

Keputusan SPM 2021: Lebih 9,600 Pelajar Dapat Straight A

Ketua Pengarah Pendidikan Datin Sri Nor Zamani Abdol Hamid, Telah Membuat Pengumuman Dalam Sidang Media Pada 16 Jun Yang Lalu Di Putrajaya Iaitu Seramai 9,696 Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 Memperoleh Keputusan Cemerlang Gred A+, A Dan A- Dalam Semua Mata Pelajaran. Calon SPM 2021 Yang Layak Menerima Sijil Adalah Seramai 336,630 Calon Iaitu 88.09% Dari 407,097 Calon Yang Mendaftar. Calon Yang Layak Menerima Sijil Mesti Lulus Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Sejarah.

Tahniah Buat Semua Calon Yang Berjaya. Anda Hebat Kerana Anda Lalui Pelbagai Sistem Pembelajaran Akibat Pandemik Covid-19. Selain Itu Datin Sri Ada Mengumumkan Sebanyak 55.29% Calon Lulus Sekurang-Kurangnya Semua Mata Pelajaran. Datin Sri Berkata Secara Umumnya, Beliau Sangat Berpuashati Dengan Keputusan SPM 2021 Yang Sangat Membanggakan Kerana Calon Kali Ini Adalah Kohort Pertama Yang Mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Di Tingkatan Satu Pada 2017.

Sumber Maklumat : Keputusan SPM 2021

Pelajar Gembira Mendapat Keputusan SPM 2021




Best Lah Fungsi Dalam Ms POWERPOINT

Pada Minggu Kesembilan 24 Mei 2022, Dr Norazila Telah Memberi Tugasan Berkumpulan Iaitu Membuat Persembahan Slaid Dengan Menggunakan Microsoft Powerpoint. Microsoft Powerpoint Lebih Mudah Daripada Excel Kerana Ia Tidak Memerlukan Data Yang Melibatkan Pengiraan. Microsoft Powerpoint Sangat Mudah Digunakan Untuk Membuat Persembahan Sesuatu Projek Dengan Menaip Beberapa Kandungan Dengan Ringkas.

 

Dalam Microsoft Powerpoint, Ada Tersedia Pelbagai 'Theme' Yang Membolehkan Kita Merekabentuk Slaid. Ia Juga Membolehkan Kita Untuk Memasukkan Gambar, Video Serta Audio Rakaman Untuk Persembahan Slaid. Untuk Tayangan Persembahan Slaid Yang Teratur, Kita Boleh Membuat Tetapan Supaya Setiap Slaid Auto Bersambung Seperti Video. Kita Juga Boleh Membuat Tetapan Animasi Bagi Mencantikkan Lagi Persembahan Slaid Tersebut. Kita Juga Boleh Menyimpan Hasil Persembahan Yang Kita Buat Dalam Bentuk Fail MP4, PNG, JPG, Slaid Dan Macam-Macam Lagi.

Pelbagai Theme




Banyak Fungsi Dalam MICROSOFT EXCEL

Pada Minggu Kelapan 17 Mei 2022, Saya Telah Belajar Banyak Formula Dalam Microsoft Excel. Microsoft Excel Boleh Digunakan Untuk Dokumen Yang Mempunyai Banyak Pengiraan. Seperti Biasa, Dr Norazila Telah Memberi Kami Tugasan Baru Iaitu Menyelesaikan Pengiraan Yang Ada Dalam Setiap ‘Sheet’ Di Microsoft Excel. Kami Telah Diajar Menggunakan Fungsi ‘Autofill’ Bagi Data Nombor, Hari, Bulan, Tarikh Dan Juga Pelbagai Label.

Dalam Microsoft Excel, Kita Boleh Buat Macam-Macam Dengan Perkataan Seperti Kecilkan Perkataan, Besarkan Perkataan, Besarkan Huruf Depan Perkataan, Pisahkan Perkataan Dan Gabungkan Perkataan Hanya Dengan Menggunakan Formula Yang Betul Seperti =UPPER, =PROPER DAN =LOWER. Selain Itu Saya Juga Telah Belajar Cara Untuk Membekukan Dan Menyembunyikan Data. Untuk Mengira Data Yang Diperlukan, Kita Boleh Menggunakan Fungsi ‘V-LOOKUP’. Ia Digunakan Untuk Mencari Keputusan Dari Beberapa Data.


Tugasan Microsoft Excel

  



Sesi Pembelajaran Microsoft Word

Pada Minggu Ketiga 12 April 2022, Saya Telah Mempelajari Fungsi-Fungsi Yang Ada Dalam Microsoft Word. Ia Memang Sangat Mudah Digunakan Apabila Ingin Membuat Surat, Artikel Dan Sebagainya. Kami Belajar Cara Membuat Jurnal Dari Langkah Membuat Halaman Muka Depan Hinggalah Bahagian Membuat Sumber Rujukan. Kemudian, Kami Diajar Cara Membuat Kandungan Muka Surat. Kami Menaip Tajuk-Tajuk Besar Serta Sub Tajuk Besar Dan Kemudian Diajar Cara Membuat Navigasi Sebagai Langkah Pantas Supaya Mudah Untuk Pergi Ke Sesuatu  Perenggan Jurnal Tersebut.

Seterusnya, Kami Belajar Tentang Cara Melakukan Format Untuk Jadual Dan Gambarajah. Adalah Sangat Penting Untuk Memastikan Jadual Dan Gambarajah Di Jurnal Boleh Dikemas Kini Ke Dalam Senarai Jadual Dan Senarai Gambarajah. Jika Tidak, Senarai Keseluruhan Kandungan Akan Kelihatan Tidak Lengkap. Petikan Dan Bibliografi Juga Penting Dalam Jurnal Kerana Ia Adalah Tempat Bagi Mendapatkan Maklumat Dan Sumber Kami. Kami Juga Belajar Format Untuk ‘Citation’ Bagi Mudah Untuk Mencari Bahagian Yang Berkait Dengan Rujukan Tersebut. Pada Penghujung Kelas, Kami Diajar Mengemas Kini Muka Surat Di Jadual Kandungan, ‘Header’ Dan Juga ‘Footer’.


Microsoft Word



Minggu Pertama Kelas EPPD1063

Pada 29 Mac 2022 Adalah Minggu Pertama Kelas Bagi Subjek Aplikasi Komputer (EPPD1063) Set 1. Pensyarah Bagi Subjek Aplikasi Komputer Set 1 Diajar Oleh Dr Norazila Binti Mat. Kelas Ini Bermula Pukul 11 Pagi Hingga 2 Petang Pada Setiap Hari Selasa. Buat Pertama Sekali, Dr Norazila Memberi Taklimat Secara Ringkas Berkaitan Silibus, Tugasan Individu, Tugasan Berkumpulan, Pembahagian Markah Dan Sebagainya. Dr Norazila Memulakan Pembelajaran Semester Ini Melalui Topik Yang Pertama Iaitu Pengenalan Kepada Komputer.

Selepas Habis Topik Yang Pertama, Dr Norazila Mengajar  Kami Cara Untuk Membuat Blog. Kami Diberi Tugasan Untuk Membuat Blog Dan Perlu Disiapkan Sebelum Penghujung Semester. Saya Sangat Beruntung Mempunyai Pensyarah Seperti Dr Norazila Kerana Mengajar Kami Langkah Demi Langkah Cara Untuk Membuat Blog Dari Permulaan Mendaftar Alamat Blog. Dalam Blog Yang Perlu Kami Buat, Perlu Ada 12 Postingan Yang Perlu Dibahagikan Kepada 3 Label ‘Personal’, ‘EPPD1063’ Dan ‘News’.





Dr Norazila Binti Mat











Wednesday, June 15, 2022

SKUAD Harimau Malaya Hebat!!!

Skuad Harimau Malaya Selepas 43 Tahun, Akhirnya Layak Ke Piala Asia 2023 Secara Merit Selepas Menewaskan Bangladesh 4-1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safawi Rasid Berjaya Meraih Gol Pembukaan Pada Minit Ke-17. Safawi Hampir Menggandakan Jaringan Tetapi Tandukan Berjaya Ditepis Penjaga Gol Pasukan Lawan, Anisur Rahman. Bangladesh Meraih Gol Penyamaan Hasil Tandukan Yang Dilakukan Oleh Mohamad Ibrahim Pada Minit Ke-31. Skuad Negara Tersentak Dengan Gol Tersebut Lalu Memperkemaskan Serangan Dan Meraih Gol Hasil Ledakan Pertahanan Berdarah Kacukan, Dion Cools Pada Minit Ke-37.

Pada Separuh Masa Kedua, Skuad Negara Meraih Gol Ketiga Pada Minit Ke-47 Hasil Tandukan Syafiq. Skuad Negara Meneruskan Momentum Yang Sama Dan Pada Minit Ke-73, Darren Meledakkan Gol Keempat. Usaha Skuad Negara Untuk Menambah Gol Pada Saat Akhir Tidak Berjaya. Namun, Kedudukan 4-1 Tersebut Telah Menggembirakan Dan Membanggakan Hampir 60,000 Penyokong Yang Hadir.













Tuesday, June 14, 2022

HFMD Meningkat???

Penyakit HFMD Di Malaysia Meningkat 20 Kali Ganda Iaitu Sebanyak 47,209 Kes Berbanding Tempoh Yang Sama Tahun Lalu. Peningkatan Kes HFMD Itu Turut Dilaporkan Di Kelantan Sebanyak 3,726 Kes (7.9 Peratus) Manakala, Di Negeri Lain Mencatatkan Kurang Daripada 2,500 Kes. Berdasarkan Survelan Jenis Virus (Enterovirus) Di Malaysia Sudah Dijangkakan Berikutan Pergerakan Penduduk Di Negara Ini Semasa Sambutan Aidilfitri.

 

Wabak Dikira Apabila Terdapat Dua Atau Lebih Kes Dalam Satu Lokaliti Dan Kes Mempunyai Kaitan Epidemiologi Serta Berlaku Dalam Tempoh Inkubasi Penyakit HFMD. Dr Noor Hisham Sudah Menjalankan Sesi Libat Urus Dengan Agensi Yang Menyelia Pengurusan Taska, Tadika Dan Pra-Sekolah, Selain Mengeluarkan Surat 'Alert'. Orang Ramai Yang Mempunyai Anak Kecil Dinasihatkan Tidak Membawa Anak-Anak Ke Tempat Yang Berisiko Dengan Jangkitan HFMD Seperti Taman Permainan Awam. Selain Itu Orang Ramai Dinasihatkan Untuk Melaporkan Terus Jika Ada Kes HFMD Berlaku Di Taska, Tadika Dan Sekolah.

Sumber Maklumat : HFMD Meningkat 20 Kali Ganda



Langkah-langkah Pencegahan



Me!

Assalamualaikum WBT..


Nama Saya Nazzatul Azrin Binti Raduan. Salam Perkenalan. Boleh Panggil Saya Rin. Saya Dilahirkan Di Hospital Tampin, Negeri Sembilan & Saya Adalah Anak Pertama Dari 4 Adik Beradik. Kini Saya Menetap Di Putrajaya Bersama Dengan Keluarga Saya. Saya Merupakan Pelajar Tahun Pertama Dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Di UKM. Saya Memilih UKM Kerana Ia Merupakan Salah Satu Daripada 10 Universiti Terunggul Di Malaysia.

 

Hobi Saya Adalah Melayari Internet. Saya Juga Sangat Suka Mem-Baking. Menjual & Menerima Tempahan Kek Merupakan Kerja Sampingan Yang Saya Buat Dari Rumah. Antara Kek Yang Saya Jual Adalah Brownies Dan Kek Batik Indulgence. Selain Itu, Saya Juga Suka Pergi Ke Pusat Karaoke Bersama Kawan-Kawan Saya. Saya Sering Melakukan Aktiviti-Aktiviti Kesukaan Saya Semasa Ada Waktu Lapang Bagi Menghilangkan Tekanan Belajar. 


Me 'Aidilfitri 2022'


Putrajaya 2022